Home Pasaran Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan
Pasaran

Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan

Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 April(Livevartha) –Ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran global dijangka menjejaskansentimen pelabur yang berpotensi mengheretBursa Malaysia ke arah trend tidak menentu minggu hadapan berikutan ketegangan mengenai tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih belum diselesaikan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan dijangka terus mengalami dagangan tidak menentu, mencerminkan naik turun yang dilihat pada sepanjang minggu lepas.

"Tindakan Presiden AS Donald Trump yang meningkatkan pertikaiandengan China dijangka menambahkan lagi ketegangan dan memberitekanan selanjutnya terhadap prospek ekonomi global," katanya kepada Livevartha.

Pada Jumaat, China mengumumkan peningkatan tarif ke atas import daripada AS kepada 125 peratussebagai tindak balas terhadap keputusan Trump untuk menaikkan duti ke atas barangan dari China kepada 145 peratus.

Langkah tindak balas itutelah menambah kebimbangan mengenai perang perdagangan yang berlarutan, meningkatkan kerisauan terhadap potensigangguan kepada rantaian bekalan global.

Di dalam negara, Thong menjangkaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan beradadalam julat 1,430 hingga 1,493 pada minggu akan datang.

"Berdasarkan analisis teknikal, indeks petunjuk pasaran perlu kembali melepasi paras 1,493–1,500 untuk mendapatkan semula momentum," katanya.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun terdapat penangguhan sementara tarif, hubungan ekonomi Malaysia yang erat dengan China — sasaran utama tekanan perdagangan AS — terus mendedahkan negara itu kepada risiko penurunan.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis...

Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgitmemulakan urus...