Home Pasaran Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah
Pasaran

Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacuminat belian, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.14 mata atau 0.19 peratus kepada1,642.54 daripada paras1,645.68, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok1.78 mata kepada 1,647.46 dan bergerak dalam julat1,642.35 hingga 1,648.31 sepanjang dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu509 berbanding 460 dengan 540 kaunter tidak berubah, sebanyak 972 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada2.67 bilion unit bernilaiRM2.49 bilion berbanding 3.02 bilion unit bernilaiRM2.19 bilion, semalam.

Ketua Penyelidikan PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata para pelabur dalam proses menentukan pendirian masing-masing selepas mendapat maklumat perincian Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada 18 Oktober lepas dan pada masa sama bersedia menunggu pelaporan korporat Amerika Syarikat (AS)akan datang.

“Prestasi hari ini turut dipengaruhi oleh saham-saham AS yang susut daripada paras tertinggi dicatatkan semalam ketika sebahagian daripada momentum peningkatan di Wall Street mulai suram,” katanya kepada Livevartha.

Dalam dagangan awal hari ini, indeksFBM KLCI mencecah paras 1,648, didorong oleh keuntungan diraih oleh saham-saham telekomunikasi, kewangan dan pengguna.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...