Home Pasaran Kadar Jangka Pendek Dijangka Stabil Susulan Operasi BNM
Pasaran

Kadar Jangka Pendek Dijangka Stabil Susulan Operasi BNM

Kadar Jangka Pendek Dijangka Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Livevartha) –Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulanoperasi Bank Negara Malaysia(BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.50bilion dalam sistem konvensional danRM17.08bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5bilion untuk 31hari dan tender bernilai RM1bilion untuk 90 hari.

BNM akan turut menjalankan satu tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2bilion untuk tigahari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNMakan menjalankantender semalaman konvensional sehingga RM35.0 bilion dan RM18.0bilionuntuk tender semalaman Murabahah.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...