Home Pasaran Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati
Pasaran

Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati

Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Jan(Livevartha) — Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 28-29 Januari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan ramai atau konsensus bagaimanapun mengujurkan Kadar Dana Persekutuan AS tidak akan akan berubah.

Selain daripada itu, pasaran akan turut memantau data penggunaan peribadi AS (PCE) bagi Disember 2024.

“Bagi saya, ada kemungkinan keadaan lebih reda berikutan (pendirian) Presiden Donald Trump yang kelihatan tidak terlalu ‘keras’ dalam mengutamakan kadar faedah lebih tinggipada masa ini. Hakikat beliau cenderung kepada penurunan kadar faedah membuktikan kurangnya pertikaian antaraRumah Putih dan pihakRizab Persekutuan AS (Fed) yang akan memudahkan lagi tugas bank pusat itu.

“Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit berpotensi kekal dalam lingkungan julat RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan," katanya kepada Livevartha.

Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mencecahparas tertinggi berbanding dolar ASdalam tempoh hampir tiga bulan selepasTrump melontarkan nada lebih ‘lembut’bagi isu tarif China selainmemberi isyarat mahukan kadar faedah lebih rendah.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit mengukuhberbanding dolar AS kepada 4.3750/3800 daripada 4.5040/5085 seminggu lepas.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...