Home Pasaran Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM
Pasaran

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Livevartha) –Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM35.73 bilion berbanding RM34.41 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi manakala lebih tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM20.81 bilion daripada RM21 bilion sebelum ini.

Sebelumnya, bank pusat itu menjalankan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan bercagar komoditimurabahah bertempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM35.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM20.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 Okt.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 26 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...