Home Pasaran Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM
Pasaran

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depandisokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dandan repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut nilai kepada RM28.00 bilion pada Jumaat daripada RM33.32 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurangkepada RM22.20 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Dis, 2024.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...