Home Pasaran Jangkaan Pengeluaran Susut Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Jangkaan Pengeluaran Susut Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Jangkaan Pengeluaran Susut Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Okt(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan lebih tinggi pada Selasa susulan jangkaan penyusutan pengeluaran dalam minggu-minggu mendatang.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata jangkaan pengeluaran lebih rendah ketika permintaan sebaliknya meningkat telah mendorong kemungkinan paras stok simpanan secara menyeluruh adalahrendah.

“Eksport Indonesia yang lebih kukuh dan kekurangan paras stok simpananhanya memacu sentimen pasaran.

“Kami melihat paras sokonganharga pada lebihRM4,350 satu tan metrik manakala rintangan padaRM4,480 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semasa November2024 menokok RM84 kepadaRM4,450 satu tan, Disember 2024 menambah RM89 kepada RM4,411 dan Januari 2025 meningkat RM87 kepada RM4,386.

Selain itu, Februari2025 meraih RM86 kepada RM4,345 satu tan, Mac2025 menokok RM77 kepadaRM4,299 dan April 2025 menambah RM71 kepadaRM4,250.

Jumlah dagangan meningkat kepada 75,113lot daripada 54,971 pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 254,456 kontrak daripada 255,657 sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meningkat kepadaRM4,490 satu tan.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...