KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) — Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia yang berkembang pada kadar perlahan 2.7 peratus tahun ke tahun pada April, dijangkaberkembang sederhana sebanyak 2.0 peratuspada 2025, kataMIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).
Bank pelaburan itu berkata, ia mengekalkan unjurannya bagi IPI menjadi sederhana kepada 2.0 peratus susulan pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)hari ini bahawa indeks itu meningkat sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun dalam empat bulan pertama tahun ini (Jan-April 2024: 3.6 peratus).
Menurut DOSM, IPI merekodkan pertumbuhan 3.8 peratus pada 2024.
“Berikutan ketidaktentuan berterusan daripada tarif yang lebih tinggi dan ketegangan perdagangan yang semakin sengit, pengeluaran produk berorientasikan eksport, terutamanya barangan perkilanganakan terjejas oleh permintaan luar yang lebih lemah dan aktiviti pembuatan global yang lebih perlahan.
“Bagaimanapun, menambah belian dan rangsangan sementara kepada aktiviti perdagangan masih boleh menyokong sektor yang mudah terjejas itu daripada terdedah kepada kelembapan luaran,” kataMIDF Amanah dalam satu nota.
Katanya, walaupun mungkin terdapat sokongan jangka pendek susulan keputusan Amerika Syarikat menangguhkan sementara pelaksanaan tarif timbal balik, kemajuan yang menggalakkan daripada rundingan perdagangan yang sedang berlangsung akan menjadi penting untuk mengurangkan kesan burukketegangan perdagangan terhadap prospek permintaan dan aktiviti pengeluaran pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, kami mengekalkan pertumbuhan positif (unjuran) bagi IPI pada masa ini, kerana kami menjangkakan pengeluaran, terutamanya dalam sektor berorientasikan tempatanuntuk terus berkembang di sebalik peningkatan permintaan dalam negeri,” katanya.
— Livevartha