Home Pasaran Indeks FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung
Pasaran

Indeks FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

Indeks FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Jan(Livevartha) — Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, meneruskan penurunansusulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat momentum peningkatanbaru-baru ini.

Pada 5 petang, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.41 mata atau 0.21peratus kepada 1,629.46 berbanding 1,632.87 sebelum ini.

Indeks itu dibuka menokok2.07 mata ke paras 1,634.94 dan bergerak dalam julat 1,626.04 hingga 1,636.08 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Bagaimanapun, keadaan di pasaran meluasadalah positif dengankaunter untung mengatasi rugi iaitu631 berbanding 477 manakala 502 kaunter lain tidak berubah, 745 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.70 bilion unit bernilaiRM2.87 bilion daripada 2.64 bilion unit bernilaiRM1.97 bilion yang dicatatkan semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Livevartha, indeks FBM KLCI berkemungkinan mendapat pemangkin bagi peningkatan seterusnya jika kekalmelebihi paras 1,300.

Prestasi bursa juga seiring pasaran serantau yang kebanyakannya lebih rendah dengan indeks SSE Compite China turun 1.57 peratus kepada 3,211.43;Nikkei 225 susut 0.96 peratus kepada 39,894.54;Hang Seng sebaliknya menokok 0.7 peratus kepada 19,960.27 manakala Shenzhen turun 1.89 peratus kepada 9,897.12.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank meraih lapan sen kepada RM20.50;CelcomDigi menokok lima sen kepada RM3.70;Press Metal menambah dua sen kepada RM4.85;Petronas Chemicals meningkat 13 sen kepada RM4.99;YTL Power turun tujuh sen kepada RM4.46;Maybank dan Public Bank masing-masing susut empat sen kepada RM10.14 dan RM4.50;CIMB berkurangan dua sen kepada RM8.11 dan TNB merosot 16 sen kepada RM14.60.

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...