Home Pasaran Indeks DXY Suram, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Indeks DXY Suram, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Indeks DXY Suram, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika Indeks Dolar AS kekal suram walaupun laporan inflasi negara maju itu meningkat daripada jangkaan awal.

Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks Harga Pengguna keseluruhan danterasAS masing-masing meningkat 3.0 peratus dan 3.3 peratus pada Januari 2025 yang mengatasi unjurankonsensus masing-masing sebanyak 2.9 peratus dan 3.1 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terkini inflasi AS itu hanya mengukuhkan lagi persepsi bahawa pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) tidak berada dalam kedudukan untuk segera melonggarkan dasar kadar faedah.

Beliau berkata Pengerusi FedJerome Powell telah menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam keterangannya kepada Kongres AS dan menegaskan masih banyak perlu dilakukan untuk mencapai mandat kestabilan harga.

“Berikutan itu, ringgit diunjur kekal dalam kedudukan kurang memberangsangkan berbanding dolar AS ketika Fed tidak menunjukkan sebarang isyarat akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Livevartha hari ini.

Pada masa sama,ketidaktentuan dasar berkaitan tarif import oleh Presiden Donald Trump juga akan hanya menambahtarikan dolar AS dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu,ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikan unit tempatan itu meningkatkepada 2.8966/9014 daripada 2.9106/9137, semalam.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...