Home Pasaran Harga Emas Global Naik Ke Paras Tertinggi, Lonjak Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia
Pasaran

Harga Emas Global Naik Ke Paras Tertinggi, Lonjak Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia

Harga Emas Global Naik Ke Paras Tertinggi, Lonjak Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh, seiring aliran meningkat pasaran emas global ketika harga melonjak ke paras tertinggi baharu kepadaUS$2,955 seauns.

Aliran meningkat itu berikutan petunjuk daripada Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump, yang mencadangkan perjanjian perdagangan dengan China mungkin boleh dicapai.

Kontrak semerta bulan Februari 2025 meningkat kepadaUS$2,954.30 setiap auns troy daripadaUS$2,946.50 pada Rabu, manakala kontrak Mac 2025 menaik kepadaUS$2,961.20 daripadaUS$2,953.60 setiap auns troy.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 masing-masing melonjak kepadaUS$2,971.40 setiap auns troy daripadaUS$2,963.80 pada Rabu.

Bagaimanapun, jumlah dagangan menyusut kepada 54 lot daripada 86 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 109 kontrak daripada 157.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 19 Feb, harga emas fizikal berada padaUS$2,936.50 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...