Home Pasaran Harga Dagangan Di Pasaran Getah Dijangka Sedikit Tinggi Minggu Depan Ekoran Cuaca
Pasaran

Harga Dagangan Di Pasaran Getah Dijangka Sedikit Tinggi Minggu Depan Ekoran Cuaca

Harga Dagangan Di Pasaran Getah Dijangka Sedikit Tinggi Minggu Depan Ekoran Cuaca

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan pada harga yang sedikit tinggi minggu depan berikutancuaca tidak menentu susulan perubahan iklim yang menyebabkan daun pokok getah luruh, kata pakar industri, Denis Low.

Beliau menjangka ketidaktentuan itu berlarutan sehingga Mac atau awal April — hasil susu getah akan berkurangan apabila daun pokok getah mula gugur.

“Beberapa kawasan sedang mengalami fenomena ini, manakala wilayah lain belum menghadapinya. Fenomena ini menyebabkan ketidaktentuan pengeluaran getah, yang mungkin menyebabkan pergerakan turun naik pasaran menjadi lebih ketara,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia menjangkakan pasaran getah mengalami dagangan pada harga lebih tinggi minggu depan didorong kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad.

Pertubuhan itu menjelaskan aliran meningkat dari segi harga itu berkemungkinan berterusan memandangkan kawasan pengeluaran getah memasuki musim daun luruh, yang akan menjejaskan penuaian dan bekalan.

Berasaskan mingguan, harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 31.0 sen kepada 921 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 2.0 sen kepada 687 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgitmemulakan urus...