Home Pasaran FBM KLCI Teruskan Aliran Menurun Susulan Peningkatan Ketidakstabilan Global
Pasaran

FBM KLCI Teruskan Aliran Menurun Susulan Peningkatan Ketidakstabilan Global

FBM KLCI Teruskan Aliran Menurun Susulan Peningkatan Ketidakstabilan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha) –FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan penurunannya sewaktudagangan ditutuppada Selasa yangmencerminkan ketidakstabilandan penjualan mendadak dalamekuiti Amerika Syarikat (AS) apabila pengelakanrisiko global semakin meningkat.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 16.31 mata atau1.06peratus kepada1,520.15 daripada 1,536.46 ketika ditutup pada Isnin.

Penanda aras pasaran dibuka 10.45 mata lebih rendah pada 1,526.01selainturun naikantara 1,514.48 dan 1,527.19 sepanjang hari.

Di keseluruhan pasaran,kaunter rugimengatasi kaunter untung sebanyak 910 berbanding 200manakala 384 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.71 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 3.10 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantanberkata kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS semakin mendalam apabila ahli ekonomi Wall Street menyemak semulaunjuran pertumbuhan mereka untuk 2025disebabkan oleh impak tarif yang lebih besar daripada jangkaan.

Beliau berkata unjuran pertumbuhan diturunkan daripada2.2 peratus kepada 1.7 peratus menjelang akhirtahundengan risiko kemelesetan kini dianggarkan pada satu dalam lima.

"Namun, beberapa penganalisis mencadangkan Rumah Putih masih mempunyai fleksibiliti untuk menyusun semula dasar-dasarnya jika keadaan ekonomi terus merosot," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...