Home Pasaran FBM KLCI NAIK MELEBIHI PARAS 1,600 PADA TENGAH HARI
Pasaran

FBM KLCI NAIK MELEBIHI PARAS 1,600 PADA TENGAH HARI

FBM KLCI NAIK MELEBIHI PARAS 1,600 PADA TENGAH HARI

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia meraih momentum dan meningkat melebihi paras 1,600 tengah hari ini berikutan aktiviti pembelian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, perkhidmatan kewangan, serta telekomunikasi dan media.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.16 mata atau 0.14 peratus kepada 1,605.36 daripada 1,603.20 semasa ditutup semalam, selepas dibuka 1.37 mata lebih rendah pada 1,601.83.

Indeks berkenaan bergerak antara 1,597.12 dan 1,605.95 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 460 berbanding 378 manakala 513 kaunter kekal tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 39 yang digantung dagangan.

Press Metal Aluminium menokok 6.0 sen kepada RM4.99, CIMB naik 4.0 sen kepada RM8.15, dan Telekom Malaysia meningkat 10 sen kepada RM6.62, dengan kaunter-kaunter ini menarik indeks komposit meningkat dengan gabungan 2.22 mata.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan kenaikan harga minyak akibat ketegangan baharu antara perdagangan minyak Amerika Syarikat dan Rusia yang mungkin berlaku,  peningkatan semula dalam kaunter berkaitan minyak dan gas adalah dijangkakan.

\”Sementara itu, peniaga boleh memberikan tumpuan kepada industri pertengahan pusat data menerusi sektor teknologi seperti penyelesaian IT, keselamatan siber, pemacu cakera keras, perkhidmatan pembuatan elektronik, dan ujian serta pemasangan semikonduktor sumber luar, yang didorong pembinaan kemudahan pusat data yang sedang dilaksanakan.

\”Selain itu, kami memilih saham-saham terpilih dalam sektor utiliti, produk perindustrian dan pengguna yang berada dalam fasa aliran meningkat,\” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Petronas Dagangan naik 32 sen kepada RM20.40, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM10.14, Petronas Gas menokok 6.0 sen kepada RM17.12 manakala Petronas Chemicals susut 7.0 sen kepada RM4.91 dan Hong Leong Bank rendah 10 sen kepada RM20.40.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 23 Jan...

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 22 Jan...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 22 Jan (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China

–fotoLivevartha Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 22 Jan (Livevartha) —...