Home Pasaran FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau
Pasaran

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Livevartha) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.

Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun3.99mata atau 0.24peratus kepada 1,625.47 berbanding paras penutup1,629.46 pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik0.28 mata kepada 1,629.74 dan bergerak antara paras1,623.64 dan 1,631.71 sepanjang hari dagangan.

Suasanapasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 575 berbanding 505, manakala 489 kaunter kekal tidak berubah, 784 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.47 bilion unit bernilai RM2.66 bilion daripada3.70 bilion unit bernilai RM2.87 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran turut terjejas akibat daripadakebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi China, prospek kadar faedah AS dan konflik berterusan di Ukraine dan Timur Tengah.

Beliau berkata di pasaran Asia, pendekatanberhati-hatipelabur, didorong oleh kebimbangan terhadapdasar yang dicadangkan Presiden Donald Trump, termasuk kenaikantarif ke atas import dari China dan negara lain, boleh membantutkanpertumbuhan di rantau yang sangat bergantung kepada perdagangan.

“Di pasarantempatan, kebimbangan ini diburukkan lagi olehprestasi bercampur-campur di pasaran serantau,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...