Home Pasaran FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah Berikutan Sentimen Berhati-hati

FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikitpada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran susut 0.24 mataatau 0.02 peratus kepada 1,443.56 daripada 1,443.80 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka mengukuh 7.63 mata kepada 1,451.43 dan meningkat sehingga1,454.58 dalam dagangan awal sebelum kembali kepada paras rendah 1,440.89 menjelang akhir sesi dagangan pagi dan kemudiannya beralihdalam sentimen naik turun pada sesi dagangan petang.

Bagaimanapun pasaran lebih luas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 669 berbanding 367 manakala 419 kaunter tidak berubah, 894 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.32 bilion unit bernilai RM2.83 bilion berbanding 5.35 bilion unit bernilai RM4.67 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran ditutup hampir tidak berubah berikutan prestasi bercampur-campur saham berwajaran tinggi walaupun terdapat aktiviti belian saham semasa harga rendahdalam sektor kesihatan, pembinaandan pengguna.

"Kami lebih memilih untuk kekal berhati-hati. Bagaimanapun, penilaian semasa FBM KLCI yang rendah memberikan peluang kepada pelabur jangka panjang yang mempunyai kuasa pegangan kukuh untuk membeli pada harga rendah.

“Bagaimanapun, pemain jangka pendek sewajarnya mempertimbangkan untuk berhenti seketika sehingga momentum semakin baik dan dinamik risiko-ganjaran menjadi lebih menggalakkan," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...