Home Pasaran FBM KLCI Dijangka Uji Semula Paras 1,670 Didorong Sentimen Semakin Baik Minggu Depan
Pasaran

FBM KLCI Dijangka Uji Semula Paras 1,670 Didorong Sentimen Semakin Baik Minggu Depan

FBM KLCI Dijangka Uji Semula Paras 1,670 Didorong Sentimen Semakin Baik Minggu Depan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,670 minggu depan didorong sentimen yang lebih baik memandangkan data pekerjaan terkini Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penurunan dalam pasaran buruh.

Keadaan itu sekali gus meningkatkan harapan untuk pengurangan kadar faedah sepertiyang dijangkakan oleh pasaran.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata walaupun laporan pembayaran gaji bukan ladang AS terkini menunjukkan kenaikan yang lebihkecil berbanding jangkaan iaitu sebanyak142,000 pekerjaan bulan lepas namun, laporan tuntutan pengangguran terkini pula sebaliknya.

Beliau berkata laporan tuntutan pengangguran AS menunjukkan penurunan kepada 227,000 daripada 232,000.

Ini menunjukkan pemberhentian kerja di AS kekal rendah dan penurunan pasaran buruhnya berlaku dalam keadaan terurus, katanya.

“Walaupun data ekonomi AS bercampur-campur, kebimbangan terhadap kemelesetan nampaknya berlebihan,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Sedek berkata sentimen pasaran dijangka menjadi lebih baik secara beransur-ansur sepanjang minggu depan.

Penurunan yang dialami pasaran domestik minggu ini menawarkan peluang pembelian yang menarik susulan penilaian yang lebih baik, katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...