Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatifakan didagangkan lebih tinggi minggu depan selepas para pelabur mula beralih kepada aset selamat di tengah-tengah ketidakpastian pasaran yang diperbaharui susulan perkembangan dalam dasar tarif Amerika Syarikat (AS), kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
Ini berikutan keputusan mahkamah rayuan persekutuan AS untuk mengembalikan semula kuasa tarif Presiden Donald Trump selepas mahkamah rendah menggantung pengenaan tarif tersebut.
Terdahulu, Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS telah memutuskan bahawa tarif yang diumumkan oleh Trump adalah tidak sah. Bagaimanapun, pentadbiran Trump mencabar keputusan itu, mengakibatkan pemulihan tarif sementara proses rayuan berjalan.
Disebabkan ini, Innes berkata logam berharga itu berpotensi menguji tahap US$3,340 setiap auns troy.
"Kita mungkinmelihat emas melonjak sekitar dua peratustetapi perhatiannya akan kekal pada dolar US, yang akan menjadi pemacu utama. Kelemahan dolar akan menyokong harga emas,"katanya kepada Livevartha.
Di samping itu, pelabur juga akan memantau penunjuk ekonomi AS, terutamanya data pasaran buruh,angka inflasi, gaji bukan perladangan,kadar pengangguran serta indeks pembuatan Institut Pengurusan Bekalan bagi memperoleh gambaran lanjut mengenai pergerakan emas pada minggu akan datang.
Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mei 2025 menurun kepada US$3,293.60 setiap auns troy daripada US $3,336.50 setiap auns troydan kontrak Jun 2025 susut kepada US$3,312.20 setiap aunstroy daripada US$ 3,349.70 setiap auns troy.
Kontrak Julai 2025, Ogos 2025dan Oktober 2025 jatuh kepada US$3,325.90 setiap aunstroy berbanding US$3,363.40 setiap aunstroy sebelumnya.