Home Pasaran Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus bulan ke bulankepada 1.26 juta tan pada Jun daripada1.41 juta tan pada Mei, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Negara menghasilkan 1.69 juta tan minyak sawit mentah (MSM) pada bulan lepasiaitu penurunan sebanyak 4.48 peratus daripada 1.77 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut laporan prestasi industri terkini agensi tersebut.

Pengeluaran isirung sawit menurun sebanyak 5.66 peratus bulan ke bulan kepada 396,863 tan daripada420,658 tan pada Mei.

Sementara itu, pengeluaran minyak isirung sawit mentah turunsebanyak 8.48 peratus bulan ke bulan kepada 192,665 tan daripada 210,512 tan sebelumnyamanakala pengeluaran dedakisirung sawit menyusut7.85 peratus bulan ke bulan kepada 213,398 tan daripada231,568 tan.

Mengenai inventori, MPOB berkatastok simpanan MSM berkurangsebanyak 5.42 peratus kepada 1.04 juta tan pada Jun daripada1.10 juta tan pada Meimanakala stok minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 12.19 peratus bulan ke bulan kepada 988,840 tan daripada881,372 tan sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan inventori minyak sawit sebanyak 2.03 juta tan pada Jun, meningkat daripada 1.99 juta tan pada Mei.

Bagi eksport, eksport minyak isirung sawit mengecilsebanyak 27.60 peratus kepada 86,173 tan daripada119,020 tan padaMei.

Eksport dedakisirung sawit susut sebanyak 1.84 peratus bulan ke bulan kepada 189,774 tan daripada 193,328 tan, eksport oleokimia menurun 12.95 peratus bulan ke bulan kepada 202,829 tan daripada 233,009 tanmanakala eksport biodiesel merosot dengan ketara sebanyak 91.50 peratus bulan ke bulan kepada 2,792 tan daripada32,848 tan.

Tiada import MSM direkodkan pada Junmanakala import minyak isirung sawit meningkat sebanyak 47.70 peratus bulan ke bulan kepada 11,926 tan daripada 8,074 tan pada Mei.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan...