Home Pasaran Eksport Minyak Sawit Malaysia Susut 9.97 Peratus Kepada 1.34 Juta Tan Pada Disember – MPOB
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Malaysia Susut 9.97 Peratus Kepada 1.34 Juta Tan Pada Disember – MPOB

Eksport Minyak Sawit Malaysia Susut 9.97 Peratus Kepada 1.34 Juta Tan Pada Disember – MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Livevartha) — Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam laporan prestasi industri pada Disember 2024, MPOB berkata pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) bagi bulan tersebut merosot 8.30 peratus atau134,508 tan kepada 1.49 juta tan daripada 1.62 juta tan pada November.

Pengeluaran isirung sawit menurun 6.84 peratus bulan ke bulan kepada336,618 juta tan pada Disember daripada361,340 tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran minyak isirung sawit mentah menyusut10.98 peratus kepada156,927 tan daripada176,292 tan pada Novembermanakala hampas isirung sawit merosot12.31 peratus kepada172,830 tan daripada197,095 tan.

Dari segi inventori, agensi itu melaporkan stok MSM menurun 1.45 peratus kepada894,321 tan berbanding907,494 tan pada November.

Simpanan stok minyak sawit yang diproses menurun 12.25 peratus kepada814,426 tan daripada928,147 tan pada bulan sebelumnyamanakala jumlah stok minyak sawit merosot6.91 peratus kepada 1.71 juta tan daripada 1.84 juta tan pada November.

MPOB berkatapenurunan ketara dalam eksport minyak isirung sawit sebanyak 11.65 peratus kepada95,918 tan pada Disember daripada108,568 tan pada November.

Eksport hampas isirung sawit menyusut 8.90 peratus kepada177,553 tan pada Disember daripada194,901 tan pada bulan sebelumnya.

Selain itu, eksport oleokimia pada Disember menurun sedikit kepada223,447 tan, susut 0.38 peratus daripada224,290 tan pada November.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 23 Jan...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Kebanyakannya Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Kebanyakannya Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 23 Jan (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Kebanyakannya Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Pasaran Niaga Hadapan Emas Lengang Susulan Kebimbangan Dasar Tarif AS Reda

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 23 Jan (Livevartha) — Kontrak...

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Bekalan Getah Asli
Pasaran

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Bekalan Getah Asli

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 23 Jan(Livevartha) — Standard Malaysian...