Home Pasaran Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan

Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan berikutan kekurangan minat yang ketara.

Pasaran akan ditutup bersempena cuti Tahun Baru pada Rabu dan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini lebih tinggi pada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,607.00 setiap auns troy minggu lepas dan kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,620 sebelum ini.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 turut ditutup lebih tinggi kepada US$2,650.50 setiap auns troy daripada US$2,630.30 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan menyusut lebih separuh, berkurangan kepada 60 lot daripada 144 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 38 kontrak daripada 24 kontrak sebelum ini.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...