Home Pasaran Dagangan Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Dagangan Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Dagangan Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Feb(Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dalam wilayah negatif, seiring prestasi kebanyakan pasaranserantau susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awam dan berkemungkinan melengahkan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah.

Pada12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.23 mata kepada 1,596.82 daripada 1,603.05 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka susut 1.07 mata lebih rendah kepada 1,601.98 dan seterusnya bergerak dalam julat 1,592.20 hingga 1,605.48.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 517 berbanding 325 manakala 442 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,034 tidak diniagakan dan23 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.52bilion unit bernilaiRM1.03 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkataIndeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Januari 2025 meningkat sebanyak0.5 peratus yang menjadi kenaikan terbesar sejak Ogos 2023 manakala IHP teras naik0.4 peratus.

Tekanan inflasi itu menyumbang kepada penyusutan Wall Street pada akhir dagangan manakala kertas Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat4.627 peratus, katanya.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi perbankan CIMB mendahului kaunter rugi apabila susut 11 sen kepadaRM8.29, Maybank turun empat sen kepada RM10.56 dan Hong Leong Bank menguncup 20 sen kepada RM20.44.

Pada masa sama, SD Guthrie rugi 10 sen kepada RM4.88 dan IHH merosot enam sen kepada RM7.22.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...