Home Pasaran Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat 1,600 Hingga 1,610 Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat 1,600 Hingga 1,610 Minggu Depan

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat 1,600 Hingga 1,610 Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan lebih kecil dalam julat1,600 hingga 1,610 mingu depan manakala angka 1,600 itu juga kekal sebagai paras psikologi dan ambang teknikal yang memaparkan latar belakang ekonomi Malaysia yang kukuh.

Ketua Penyelidik PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata walaupun indeks itu susut di bawah paras 1,600 dalam minggu-minggu sebelumnya, perkembangan yang membabitkan usaha bagi meningkatkannya turut mencerminkan sentimen optimis dalam kalangan penggiat pasaran.

“Bagaimanapun, momentum kekal suram dengan aliran peningkatan berkemungkinan bersandarkan kepada pemangkin luaran,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Sedek juga menyifatkan asas-asas ekonomi Malaysia kekal memberangsangkan, didorong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, inflasi yang mampu diurus, pengangguran rendah serta prestasi perdagangan yang berdaya tahan.

“Kesemua kekuatan ini menjadi asas kukuh bagi kestabilan pasaran, namun ini masih belum dapat direalisasikan kepada momentum yang meningkat untuk pasaran ekuiti tempatan.

“Berikutan itu, trajektori bagi indeks petunjuk utama FBM KLCI dalam masa terdekat ini akan terus dipengaruhi oleh faktor-faktor global,” katanya.

Faktor itu termasukketidaktentuan mengenaidasar perdagangan yang bersifat perlindungan oleh Presiden Donald Trump dan kesan ketegangan perdagangan AS-China yang terus ketara, katanya.

Beliau berkata perbincangan di Sidang Kemuncak Pelaburan Pemimpin KewanganAntarabangsa juga mengunjurkankebarangkalian kurang daripada 60 peratus bagi pelaksanaan langkah tarif yang melampau, sekali gus dapat meredakan kebimbangan ramai.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...