Home Pasaran ​Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi
Pasaran

​Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

​Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.49 mata atau 0.28 peratus kepada 1,614.96 daripada 1,610.47 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.90 mata lebih tinggi kepada 1,612.37 sebelum bergerak antara 1,609.70 dengan 1,618.75 semasa sesi pagi.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 499 berbanding 323, manakala 473 kaunter kekal tidak berubah, 1,185 kaunter tidak diniagakan dan 123 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.49 bilion unit bernilai RM986.7 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan pasaran AS ditutup tinggi menjelang pilihan raya AS yang semakin hampir manakala prestasi kewangan korporat utama dan data ekonomi akan menetapkan hala tuju bagi keputusan mengenai pengurangan kadar faedah seterusnya.

Pasaran Eropah juga ditutup tinggi, manakala pasaran Asia berakhir dengan prestasi bercampur-campur semalam ekoran ketidaktentuan politik di Jepun.

“Memandangkan pasaran AS berubah positif selepas penjualan yang berterusan, ditambah dengan pengukuhan dolar AS, kami percaya minat belian mungkin meluas sehingga ke pasaran tempatan, terutama dalam sektor teknologi dan sarung tangan,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

FBM KLCI dan saham bermodal kecil memulakan minggu ini dengan prestasi rendah apabila tekanan jualan berterusan di keseluruhan pasaran.

Related Articles

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat
Pasaran

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) –Ringgit dijangka...