Home Pasaran Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Aktiviti belian pada harga rendah saham-saham berkaitan indeks mendorongindeks utama itu lebih tinggi pada tengah hari ini, dengan saham produk perindustrian dan perkhidamtan menerajui peningkatan, mencerminkan trend positif di kebanyakan pasaran Asia.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menigkat6.56 mata atau0.41 peratus kepada1,584.23, berbanding1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka lebih tinggi 2.25 mata pada 1,579.92 dan diniagakan antara 1,578.14 hingga 1,585.50 sepanjang sesi tersebut.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 461 berbanding 432, manakala 453 saham tidak berubah,1,006 tidak diniagakan dan21 digantung.

Jumlah dagangan turun kepada1.80 bilion saham bernilaiRM1.12 bilion.

Hong Leong Investment Bank Bhd menyatakan bahawa jika indeks kekal di bawah paras utama 1,590, penanda aras berkemungkinan akan kekal stabil(paras sokongan: 1,545-1,566-1,577; paras rintangan: 1,590-1,600-1,614).

"Pelabur dijangka menilai beberapa faktor, termasuk musim laporan kewangan kini, perdagangan global dan ketegangan geopolitik, prospekdasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, dan langkah rangsangan yang berpotensi dari China susulan pertemuan Presiden Xi Jinping dengan para usahawan terkemuka.

"Di samping itu, mereka akan memantau aliran keluar bersih asing yang berterusan selama lima bulan berturut-turut dari Oktober 2024 hingga bulan Februari tahun ini," katanya dalam satu nota hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.50, Tenaga Nasional melonjak 14 sen kepada RM13.94, IHH Healthcare naik empat sen kepada RM7.25, dan Petronas Dagangan melonjak RM1 kepada RM20.26. CIMB dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.35 dan RM4.49.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...