Home Pasaran BURSA MALAYSIA TERUSKAN PENURUNAN MENJELANG PENGUMUMAN DATA IHP AS
Pasaran

BURSA MALAYSIA TERUSKAN PENURUNAN MENJELANG PENGUMUMAN DATA IHP AS

BURSA MALAYSIA TERUSKAN PENURUNAN MENJELANG PENGUMUMAN DATA IHP AS

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya hari ini, dipengaruhi oleh produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor penjagaan kesihatan, menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.77 mata atau 0.36  peratus kepada 1,603.20 daripada paras penutup 1,603.20 semalam.

Indeks penunjuk pasaran dibuka rendah turun 5.78 mata kepada 1,603.19 dan bergerak antara paras 1,598.93 dam 1,605.01 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 652 berbanding 419 dengan 489 kaunter tidak berubah, 917 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.46 bilion daripada 2.74 bilion unit bernilai RM2.64 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata aktiviti pasaran kekal lemah dengan volum dagangan kekal di bawah paras tiga bilion saham, mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati.

“Bagaimanapun, sektor teknologi terus mendapat tarikan apabila keyakinan meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang mungkin akan berlaku pada mesyuarat minggu depan.

\”Ini mendorong Indeks Teknologi Bursa Malaysia ditutup 0.50 peratus lebih tinggi, menunjukkan minat dalam sektor pertumbuhan walaupun kelemahan pasaran yang lebih meluas,\” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat tempatan, beliau berkata sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia menunjukkan daya tahan dengan jumlah jualan mencecah RM150.1 bilion pada Oktober 2024, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...