Saturday , 7 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan momentum minggu lepas dengan dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik berikutan pelaburterus meletakkan kepercayaan padastrategi “beli kripto dan dolar”susulan kemenanganDonald Trumpdalam pilihan raya.

Pada 9.27 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.28 mata kepada 1,596.06 daripada 1,589.78 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dagangan dengan naik 4.09 mata kepada 1,593.87.

Suasana pasaran, bagaimanapun, negatif sedikit, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 263 berbanding 233 manakala 353 kaunter tidak berubah, 1,615 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 322.82 juta unit bernilai RM187.24 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka tumpuan peniaga pada minggu iniakan beralih kepada acara ekonomi utama, termasuk minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras Amerika Syarikat (AS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga ASdan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan China.

“Dengan kenaikan harga emas dan minyak, kami menjangkaaktiviti dagangan positif dalam sektor emas serta minyak dan gas.

“Selain itu, dolar AS yang kukuh dan cadangan tarif oleh pentadbiran Trump dijangka mewujudkan peluang dalam sektor berorientasikan eksport seperti teknologi dan sarung tangan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing naik8.0 sen kepada RM10.28 dan RM14.08, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing meningkat4.0 sen kepada RM4.42 dan RM7.23 serta Hong Leong Bank menambah 18 sen kepada RM20.66.

Related Articles

Pasaran

CPO LIKELY TO TRADE WITH UPWARD BIAS NEXT WEEK

KUALA LUMPUR, Dec 7 (Livevartha) — The crude palm oil (CPO) futures...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

David Ng Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha)...

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Mendatar Dan Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Mendatar Dan Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...