Home Pasaran Bursa Malaysia Susut 0.43 Mata Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Susut 0.43 Mata Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Susut 0.43 Mata Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis ketika pelabur memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awal danmengekang Rizab Persekutuan AS (Fed) daripada bertindak melonggarkan dasar monetarinya.

Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62 pada 9.05 pagi.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut1.07 mata pada 1,601.98 berbanding paras 1,603.05 yang dicatatkan semalam.

Di pasaran meluas sebaliknya lebih positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu134 berbanding 126 manakala 247 kaunter lain tidak berubah, sebanyak1,811 tidak diniagakan dan23 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak150 juta unit bernilai RM60.85 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Januari 2025 meningkat sebanyak0.5 per cent, sekali gus menandakan kenaikan terbesar sejak Ogos 2023 manakala IHP teras naik0.4 peratus.

Tekanan inflasi itu menyumbang kepada penyusutan Wall Street pada akhir dagangan manakala kertas Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat4.627 peratus.

Di sebalik perkembangan ini, Thong sebaliknya percaya ketidaktentuan dan penilaian tinggi terhaap pasaran AS akan turut melencongkan beberapa dana ke aras pasaran Asia.

"Sehubungan itu, kita menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,600-1,610 pada hari ini," katanya.

Related Articles

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup...