Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan niaga hadapan pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 0.45 peratus, atau 7.05 matakepada 1,535.44 daripada 1,542.49 ketika ditutup pada Jumaat,

Indeks penanda aras itu dibuka 0.71 mata lebih rendah pada1,541.78 dan bergerak antara1,535.35 dan1,548.95 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 592 berbanding 278, manakala 416 kaunter tidak berubah,1,059 tidak diniagakan dan 27 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak1.46 bilion saham bernilaiRM1.08 bilion.

Menurut laporan berita niaga hadapan saham AS menyusutpada petang Ahad, menandakan potensi trend penurunanselepas S&P 500 mengakhiri peningkatan terpanjangnyadalam tempoh lebih 20 tahun.

Sementara itu, di peringkat tempatan, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat saham teknologi akan menjadi penerima manfaat utama aliran masuk dana asing memandangkan sektor itu sebahagian besarnya bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dan banyak dijual padaApril.

Dalam satu nota hari ini, firma broker itu berkata hari ini ia menjangkakan penanda aras parasrintangan berada padasekitar 1,557-1,562, manakala paras sokongan terletak pada 1,522-1,527.

Antara saham wajaran tinggi, MISC turun33 senkepada RM7.18, CelcomDigi dan Gamuda susut7.0 sen masing-masing kepada RM3.78 dan RM4.33, 99 Speed ​​Mart Retail turun 4.0 sen kepada RM2.23, dan Sunway susut 8.0 sen kepada RM4.71.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...