Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Suram Pasaran Global
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Suram Pasaran Global

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Suram Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin yang turut mencerminkan prestasi lemah pasaran global susulan aktiviti jualan ketara di Wall Street serta sentimen negatif yang berlanjutan berkaitan pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) berikutan rancangan tarif Presiden Donald Trump.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan 4.54 mata kepada 1,552.38 daripada paras 1,556.92 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 9.36 mata kepada 1,547.56, turut bergerak dalam julat 1,546.68 hingga 1,556.74 pada sesi berkenaan.

Kaunter untung mengatasi rugi di pasaran meluas iaitu 536 berbanding 297 manakala 408 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,053 tidak diniagakan dan 15 lain digantung dagangannya.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street ditutup rendah selepas Trump membuat kenyataan mengenai tarif ke atas Kanada, Mexico dan China.

“Berikutan itu, pelabur berkemungkinan berganjak ke arah sektor yang berdaya tahan seperti amanah pelaburan hartanah kerana ciri-ciri ketahanan itu serta prestasi sukuan yang kukuh susulan pendapatan bersih hartanah yang tinggi,” kata firma pembrokeran itu.

Pada minggu ini, kalangan pedagang akan mengikuti rapat data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bukan pembuatan, tuntutan awal pengangguran dan kadar pengangguran AS.

“Di pasaran komoditi, minyak mentah Brent diniagakan pada harga hampir US$76 setong manakala harga emas ke arah paras tertinggi US$2,817 (satu auns) sebelum ditutup di bawah tanda aras US$2,800,” katanya.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.74 peratus kepada 20,075.95, Indeks Straits Times Singapura susut 0.29 peratus pada 3,844.55, Kospi Korea Selatan merosot 3.07 peratus kepada 2,439.97 dan Nikkei 225 menguncup 2.85 peratus kepada 38,446.10.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...