Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia kekal rendah pada dagangan tengah hari Khamis dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman Wall Street yang susut.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.19 peratus atau 3.09 mata kepada 1,596.49 daripada 1,599.58.

Indeks penanda aras itudibuka 4.40 mata lebih rendah pada 1,595.18 dan bergerak antara 1,590.83 dan 1,598.67 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Sentimen pasaran secara meluas adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung iaitu729 berbanding 269 manakala444 kaunter lain tidak berubah, sebanyak1,030 tidak diniagakan dan 49 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.80 bilion unit bernilai RM1.43 bilion.

Sementara itu,Malacca Securities Sdn Bhdberkata walaupun sentimen negatif turut menularke pasaran saham tempatan, ia sebaliknya percaya saham berorientasikan eksport dalam sektor sarung tangan dan teknologiakan mendapat manfaat susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, ini berikutanprospek kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed)yang memaparkan kitaran pelonggaran dasar yang lebih perlahan.

"Kami juga kekal positif terhadap saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data. Segmen sub-utiliti dan bahan binaan juga dijangka didagangkan lebih positif, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat," katanya menerusi nota penyelidikannya hari ini.

Merujuk aspek teknikal, firma pembrokeran itu berkata paras rintangan dijangka sekitar 1,614 hingga 1,619 mata manakala sokongan ditetapkan pada 1,579 hingga 1,584.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...