Wednesday , 22 January 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha)–Bursa Malaysia susut setakat tengah hari Selasa, seiring dengan prestasi pasaran serantau menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Pada 12.30 tengah hari ini, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.46 mata kepada 1,623.10 daripada 1,624.56 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu yang dibuka menokok 0.22 mata kepada 1,624.78, bergerak dalam julat1,622.40 hingga 1,629.37 sepanjang sesi dagangan awal itu.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 422 berbanding 237 manakala771 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,055 tidak diniagakan dan 89 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak2.42 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata kebanyakan prestasi semalaman pasaran utama Amerika Syarikat (AS) mendatar ketika pelabur terus menunggu pengumuman data-data penting berkaitan pelaporan pendapatan korporat.

Faktor lain yang tidak kurang penting adalah bermulanyamesyuarat dasar Fed dengan Pengerusi bank pusatitu, Jerome Powell yang dijangka memberi petunjuk mengenai tempoh dan jumlah peratusan penurunan kadar faedah itu pada bulan-bulan akan datang.

“Di Eropah, pasaran juga kebanyakannya rendah ketika pelabur menunggu hasil pelaporan pendapatan korporat dan mesyuarat bank pusat negara-negara terbabit. Bank of England dijadual bermesyuaratminggu ini.

“Dalam perkembangan lain, pihak Bank of Japan (BoJ) akan mengadakan mesyuarat hari ini dengan pasaran menjangkakan kenaikan 0.1 peratus diumumkan oleh bank pusat itu,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Related Articles

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha)–Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil...

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Jan(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 21 Jan...

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha) — Aktiviti belian saham pada harga rendah...