Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Sentimen Berhati-hati

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, menjejaki prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau dan di Wall Street dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.15 mata kepada 1,618.15daripada 1,618.30 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 4.04 mata lebih tinggi kepada 1,622.34 dan naik turun antara 1,617.18 dan 1,630.39 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 634 berbanding 241.

Sebanyak 493 kaunter kekal tidak berubah, 1,134 tidak diniagakandan 30 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.36 bilion unit bernilai RM982.41 juta.

Menurut peniaga, peningkatan sebelum itu tidak berkekalan memandangkan kebimbangan yang berterusan terhadap prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data terkini sentimen pengguna yang memberikan isyarat kepada penurunan kadar yang lebih perlahan berbanding jangkaan.

Semakan semula data AS menunjukkan sentimen pengguna meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan pada Oktober berikutan penurunan kadar baru-baru ini.

Beliau berkata ketidaktentuan menjelang pilihan raya presiden AS yang akan datang dan ketegangan geopolitik yang berpanjangan di Timur Tengah turut menjejaskan sentimen.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 26 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...