Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,597.47 daripada 1,599.58 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut4.40 mata kepada 1,595.18.

Sentimen pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung iaitu 501 berbanding 106 manakala 258 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,062 tidak diniagakan dan 49 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak397.99 juta unit bernilai RM275.93 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street jatuh selepas peniaga melepaskan pegangan, diasak kebimbanmgan mengenai kenaikan kadar faedah yang berkemungkinan kekal tinggi.

Ini susulan kenyataan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menyatakan akan ada dua pengurangan kadar faedah pada 2025 selepas bertindak menurunkan kadar utama itu sebanyak 25 mata asas.

Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS berakhir lebih tinggi pada 4.52 peratus.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...