Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

Bursa Malaysia  Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) –Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Jumaat, mencerminkan prestasi Wall Street semalaman yang lemah.

Pasaran hari ini akan turut dipengaruhi oleh ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) di Simposium Jackson Hole hari ini, dengan kebanyakan peniaga kekal tidak memasuki pasaran sebelum ucapan itu, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.32 mata kepada 1,638.34 daripada 1,641.66 sebelum ini.

Indeks dibuka tinggi 1.67 mata kepada 1,643.33.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 311 berbanding 118, dengan 246 kaunter kekal tidak berubah, 1,833 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 212.14 juta unit bernilai RM133.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran di Wall Streetterjejas oleh semakan semula angka pasaran pekerjaan AS.

“Angka pekerjaan turunsebanyak 818,000, menunjukkan pasaran pekerjaan AS mungkin tidak begitu kukuh.

“Oleh itu, Dow Jones Industrial Average (DJIA) merosot 178 mata, Nasdaq susut 300 mata dan hasil 10 tahun AS naik kepada 3.858 peratus,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...