Home Pasaran Bursa Malaysia Pulih Daripada Penurunan Awal, Ditutup Hampir Mendatar
Pasaran

Bursa Malaysia Pulih Daripada Penurunan Awal, Ditutup Hampir Mendatar

Bursa Malaysia Pulih Daripada Penurunan Awal, Ditutup Hampir Mendatar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal apabila ditutup hampir mendatar hari ini untuk kekal dalam fasa konsolidasi berikutan dagangan berhati-hati menjelang musim pelaporan pendapatan, dengan aktiviti pengambilan untung dilihat dalam saham hartanah, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 755 berbanding 279, dengan 468 kaunter tidak berubah, 957 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.54 bilion unit bernilai RM2.76 bilion daripada 3.46 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Rabu .

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, bagaimanapun indeks petunjuk pasaran ditutup positif manakala indeks serantau utama adalah lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Beliau berkata pelabur mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedah bulan depan, berikutan pengumuman data inflasi pengguna AS yang rendah malam tadi.

“Bagi bursa tempatan, kami menjangkakan sentimen pelabur adalah stabil, didorong oleh sokongan teguh daripada institusi tempatan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...