Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup padaparas tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaranbaru-baru ini.

Pada pukul5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 20.68 mata kepada 1,588.71 daripada1,568.03 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 1.76 mata lebih rendah kepada 1,566.27 dan seterusnya mencecah paras terendah harian1,565.46 sebelum bergerak dalam trajektori meningkat sehingga penutupan dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasikaunter rugi sebanyak 534 berbanding 471, manakala 473 kaunter tidak berubah, 898 kaunter tidak diniagakandan 36 yang laindigantung.

Jumlah dagangan turunkepada 2.81 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 3.14 bilion unit bernilai RM2.64 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantan berkata pemulihan pasaran menunjukkan penjualan besar-besaran yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan kepanikan dan sentimenjangka masapendek.

Beliau berkata penjualan itu bukan didorong oleh sebarang penurunan asas terhadap prospek ekonomi atau korporat Malaysia.

“Ketiadaan limpahandaripada prestasi lemah Wall Street dalam tempohsemalamanmengukuhkan lagipandangan bahawa pelabur tempatan dapat membezakan asas domestik dengan ketidaktentuan global yang lebih luas, menunjukkan kestabilan dalam sentimen pasaran,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...