Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu oleh sentimen positif susulan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Pada9.10 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.45 mata kepada 1,485.31 daripada 1,480.86 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 3.15 mata kepada 1,484.01.

Pasaran meluas adalah positifdengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 210 berbanding 114 manakala sebanyak 267 kaunter tidak berubah, 1,806 tidak didagangkandan sembilan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak239.92 juta saham bernilai RM86.88 juta.

Dagangan semalaman menyaksikan Dow Jones meningkat 0.78 peratus kepada 40,524.79 mata,S&P 500 menokok 0.79 peratus kepada 5,405.97manakala Nasdaq Composite naik 0.64 peratus kepada 16,831.48.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata di peringkat tempatan, FBM KLCI mengatasi jangkaan apabiladitutup pada paras 1,480.86 semalam dan seiring dengan petunjuk positif global susulan tindakan AS menangguhkan tarif.

“Pasaran memaparkan sentimen lebih positif berikutan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan Presiden Donald Trump lebih lembut dalam pendekatanberkaitan tarif.

“Berikutan itu, kami menjangkakan trend indeks penanda aras dalam julat 1,480-1,500 hari ini," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan...

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 24 April (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia...

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...