KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih tinggi pada tengah hari Jumaat di tengah-tengah minat belian sederhana, khususnya bagi saham wajaran tinggi terpilih.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik7.35 mataatau 0.48 peratuskepada 1,534.37 daripada paras1,527.02, semalam.
Indeks itu dibuka menokok 4.91 mata kepada 1,531.93 dan bergerak turun naik antara 1,531.76 dan 1,536.75 sepanjang sesi dagangan awal.
Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 395 berbanding372 manakala455 lain tidak berubah, 1,197 tidak diniagakan dan 41 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion unit bernilai RM1.12 juta.
Rakuten Trade Sdn Bhd berkata pelabur ataudana asing sedang mengurangkan kedudukan di pasaran serantau susulan kebimbangan ketara mengenai defisit belanjawan Amerika Syarikat sertakadar faedahnya.
“Walaupun berharap menyaksikan pemulihan segera, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,520-1,530 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikannya.
Saham wajaran tinggi Maybank meraih 6.0 sen kepada RM9.88, Public Bank meningkat 9.0 sen kepada RM4.39, Tenaga Nasional menokok 4.0 sen kepada RM14.04, CIMB menambah 11 sen kepada RM6.96, IHH Healthcare dan CelcomDigi kekal pada RM6.88 dan RM3.82 manakala MISC susut 1.0 sen kepada RM7.65.
Bagi saham aktif,Eco-Shop yang baru disenaraikan di Pasaran Utama, meningkat 8.0 sen kepada RM1.21, Astro naik 2.0 sen kepada 20.5 sen, Tanco meraih 2.5 sen kepada 97.5 sen, Aizo kekal pada 8.5 sen, Barakah Offshore turun 2.5 sen kepada setengah sen dan YTL Corp berkurangan 14 sen kepada RM1.85.