Home Pasaran Bursa Malaysia Lepasi Paras Rintangan 1,680 Ketika Dibuka, Namun Turun Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Lepasi Paras Rintangan 1,680 Ketika Dibuka, Namun Turun Selepas Itu

Bursa Malaysia Lepasi Paras Rintangan 1,680 Ketika Dibuka, Namun Turun Selepas Itu

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Livevartha) — Barometer Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,680 semasa dibuka pada Isnin namun turun selepas itu apabila pelabur memilih untuk mengambil untung dalam saham wajaran tinggi selepas kenaikan kukuh berterusan minggu lepas.

Pada pukul 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.07 mata kepada 1,678.73 daripada 1,678.80 ketika ditutup Jumaat lepas.

Indeks itu dibuka 1.56 mata lebih tinggi kepada 1,680.36.

Keseluruhan pasaran adalah kukuh, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 256 berbanding 217, manakala 308 kaunter tidak berubah, 1,646 kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 264.14 juta unit bernilai RM135.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata paras 1,680 dicatatkan kali terakhir adalah pada Januari 2019.

“Kami percaya aliran meningkat itu akan berterusan dan menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,680 hingga 1,690 hari ini, dengan paras psikologi 1,700 sebagai sasaran utama dalam tempoh terdekat.

“Pelaporan prestasi kewangan baru-baru ini menunjukkan korporat Malaysia berada dalam keadaan kukuh terutamanya bank, dan kami menjangkakan saham mewah kekal sebagai tonggak bagi bursa tempatan,” katanya.

Beliau juga berkata pencapaian tertinggi baharu dalam Indeks Dow Jones Wall Street yang didorong oleh indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS terkini yang menepati jangkaanakan turut menyokong sentimen pasaran tempatan.

Related Articles

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 28 Feb (Livevartha) — Ringgitdibuka rendah...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka rendah...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Mengukuh Pada Sesi Awal Ketika Sentimen Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat...

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...