Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 0.49 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 0.49 Peratus

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 0.49 Peratus

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif dengan mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan, seiring dengan prestasi positif di Wall Street dan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.88 mata atau 0.49 peratus kepada 1,610.87 daripada 1,602.99 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 0.59 mata kepada 1,603.58 dan bergerak antara 1,602.79 dan 1,612.12 semasa sesi dagangan.

Pasaran lebih luas adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 541 berbanding 290 manakala 478 kaunter kekal tidak berubah, 1,113 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.34 bilion unit bernilai RM885.43 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata pelabur memantau dengan teliti data ekonomi utama seperti pengumuman tuntutan pengangguran awal lewat hari ini dan inventori minyak mentah pada Jumaat untuk penilaian lanjut.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.12, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.52, CIMB menambah tiga sen kepada RM8.00, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM14.18 dan IHH Healthcare meningkat 12 sen kepada RM7.20.

Bagi saham aktif, Zen Tech naik setengah sen kepada satu sen, JCY menambah empat sen kepada 56.5 sen, Vanzo menokok 1.5 sen kepada 19.5 sen, SNS Network menambah lapan sen kepada 65 sen dan Globetronics meningkat 2.5 sen kepada 60 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.59 mata kepada 12,349.47, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 90.52 mata kepada 12,328.18 dan Indeks FBMT 100 menokok 64.95 mata kepada 12,034.30.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana

KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih tinggi pada...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Kekukuhan Indeks Dolar
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Kekukuhan Indeks Dolar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 22 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah...

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia
Pasaran

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Livevartha) — Dagangan jualan singkatintra hari (IDSS) untuk...

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...