Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Mengukuh Pada Dagangan Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Mengukuh Pada Dagangan Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekal Mengukuh Pada Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Selasa, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui produk dan perkhidmatan pengguna, produk dan perkhidmatan perindustrian selain perladangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjukFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.44 mata kepada 1,598.92 daripada 1,595.48 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama yang dibuka menokok 3.84 mata kepada 1,599.32, turut bergerak dalam julat 1,594.07 hingga 1,602.90 pada sesi dagangan awal.

Sentimen pasaran adalahpositifdengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 489 berbanding 410manakala 470 kaunter tidak berubah, 1,046 tidak didagangkan dan 15 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.66 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Seorang penganalisis berkata pelabur masih meneliti prestasi pelaporan korporat yang bercampur-campur baru-baru ini selain tindakan berterusan pelabur asing mengeluarkan dana selain ancaman Presiden terpilih Donald Trump untuk mengenakantarif 100 peratus ke atas negara-negara BRICS.

Kesemua faktor itu, katanya, hanya menyumbang kepada sentimen pasaran yang lemah.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata prestasi korporat yang bercampur-campur bagi tempoh suku ketiga 2024 yang diumumkan baru-baru ini menyaksikan daripada 112 saham di bawah liputannya, sebanyak 38 peratus menepatijangkaan,36 peratus di bawah jangkaan dan baki 26peratus melepasinya.

“Apabila disusun mengikut konsensus, kadarprestasi seiring dengan jangkaan adalah sama pada 38 peratusmanakala susut/melangkaui adalah lebih rendah/lebih tinggi pada 34 peratus/28 peratus.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 18 Jan (Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan...

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan
Pasaran

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia...