Home Pasaran BURSA MALAYSIA KEKAL ALIRAN MENINGKAT PADA TENGAH HARI , INDEKS KOMPOSIT NAIK 0.43 PERATUS
Pasaran

BURSA MALAYSIA KEKAL ALIRAN MENINGKAT PADA TENGAH HARI , INDEKS KOMPOSIT NAIK 0.43 PERATUS

BURSA MALAYSIA KEKAL ALIRAN MENINGKAT PADA TENGAH HARI , INDEKS KOMPOSIT NAIK  0.43 PERATUS

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat tengah hari ini dengan aktiviti pembelian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya melibatkan sektor utiliti, produk dan perkhidmatan perindustrian.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI meningkat 6.94 mata atau 0.43 peratus kepada 1,609.02 daripada 1,602.08 semasa ditutup semalam, selepas dibuka 1.78 mata lebih tinggi kepada 1,603.86.

Indeks itu bergerak antara 1,603.74 dan 1,610.06 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 455 berbanding 443 manakala 481 kaunter tidak berubah, 1,122 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung dagangan.

Tenaga Nasional menambah 22 sen kepada RM13.78, Press Metal Aluminium meningkat 11 sen kepada RM5.06, dan Sunway menokok 13 sen kepada RM4.73, dengan saham-saham ini mendorong indeks komposit meningkat dengan gabungan 5.10 mata.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, berikutan pelancaran makmal kecerdasan buatan (AI) oleh YTL Power International yang dikenali sebagai Ilmu 0.1, peluang perdagangan mungkin terus dinikmati kaunter berkaitan YTL dan AI seperti Nationgate Holdings Bhd.

“Sementara itu, peniaga boleh memberikan tumpuan kepada industri pertengahan pusat data menerusi sektor teknologi seperti penyelesaian teknologi maklumat, keselamatan siber, pemacu cakera keras, perkhidmatan pembuatan elektronik, dan pemasangan dan ujian semikonduktor sumber luar.

\”Kami memilih kaunter berkaitan Malaysia Timur berikutan pemulihan harga sahamnya dan lebih banyak tawaran awam permulaan yang akan dilihat dalam tempoh terdekat,\” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, MISC meningkat 12 sen kepada RM7.52, YTL Corporation menokok 4.0 sen kepada RM2.17, Telekom Malaysia naik 10 sen kepada RM6.72 manakala Axiata dan SD Guthrie masing-masing susut 4.0 sen kepada RM2.32 dan RM4.96.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...