Home Pasaran Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari, Dipengaruhi Ketidaktentuan Global
Pasaran

Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari, Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari, Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi hampir tidak berubah pada Jumaat, dipengaruhi oleh ketidaktentuan perang perdagangan global dan kemungkinan impaknya terhadap inflasi Amerika Syarikat (AS).

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.36 mata kepada 1,590.92 daripada 1,592.28 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama pasaran itu dibuka 0.63 mata lebih tinggi kepada 1,592.91 dan bergerak antara 1,590.07 hingga 1,595.01.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 448 berbanding 379, manakala 465 kaunter tidak berubah, 1,027 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.84 bilion unit bernilai RM1.12 bilion.

Penganalisis berkata turun naik ketara masih berterusan walaupun pasaran mengalami kelegaan susulan kelewatan pelaksanaan tarif timbal balik oleh Presiden AS, Donald Trump.

Selain itu, pasaran serantau menunjukkan prestasi bercampur-campur, sekali gus mendorong sedikit rangsangan kepada pasaran tempatan.

Beliau berkata di peringkat tempatan, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang dikeluarkan hari ini adalah terhad kerana telah diambil kira oleh kalanganpelabur.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...