Home Pasaran Bursa Malaysia Hampir Mendatar Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Hampir Mendatar Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Hampir Mendatar Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Jun(Livevartha) –Bursa Malaysia kekal hampir mendatar pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih,berselang-seli dengan aktiviti pengambilan untung diterajui oleh kaunter produk dan perkhidmatan pengguna.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.009peratus atau 0.13 mata kepada 1,511.51 daripada 1,511.64 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.25 mata kepada 1,511.89 dan bergerak antara 1,509.42 dan 1,512.96 sepanjang sesi pagi.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan419 kaunter rugi mengatasi 288 kaunter untung. Sebanyak 441 kaunter tidak berubah manakala 1,258 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.62bilion saham bernilai RM818.59 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota, minat dijangka kekal terhadap kaunter berkaitan emas serta minyak dan gasberikutan ketegangan Israel-Iran yang berpanjangan.

“Dengan Malaysia melonjak 11 anak tangga kepada kedudukan ke-23 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia 2025, yang mengukur sejauh mana mesrasesebuah negara terhadap perniagaan, kami percaya pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor pembinaan, disokong oleh pelaburan dalam pusat data dan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ),” katanya.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri,kedudukanterkini ini, peningkatan daripada tanggake-34 tahun lepasturut mengukuhkan hala tujunegara untuk berada dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing sebelum 2033, seperti yang disasarkan oleh Kerangka Ekonomi MADANI.

Syarikat broker saham tempatan itu berkata pihaknya kekal optimis terhadap sektor solar berikutan ramai pemain dalam industri tersebut melaporkan pendapatan dan keuntungan yang meningkat serta dijangka meraih manfaat daripada matlamat negara dalamtenaga boleh baharu.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...