Home Pasaran Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 Saham
Pasaran

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 Saham

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 Saham

KUALA LUMPUR, 7 April(Livevartha) –Bursa Malaysia hari ini menggantung jualan singkat intra hari (IDSS) untuk 18 saham selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Saham syarikat yang digantung itu antaranya meliputi syarikat-syarikat terkenal seperti Yinson Holding Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, Dialog Group Bhd, Malaysian Pacific Industries (MPI), EcoWorld Development Group Bhd dan Dayang Enterprise Holding Bhd.

Pada penutup dagangan, Yinson susut 35 sen kepada RM1.81, Hibiscus Petroleum turun 18 sen kepada RM1.45, MPI jatuh RM2.50 kepada RM14.66, Dialog turun 21 sen kepada RM1.23, EcoWorld susut 23 sen kepada RM1.60, dan Dayang jatuh 23 sen kepada RM1.56.

Dalam beberapa makluman berasingan, Bursa Malaysia berkata jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, iaitu pada pukul 8.30 pagi Selasa, 8 April, 2025.

Bursa tempatan ditutup rendah hari ini, dengan indeks penanda aras jatuh 4.01 peratus disebabkan prestasi pasaran serantau yang lemah di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan perang perdagangan global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada1,504.14 ketika ditutup pada Jumaat.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...