Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif diWall Street semalaman dan pengumumanpakej rangsangan oleh China untuk merancakkanekonominya.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.07 mata atau 0.30 peratus kepada1,670.37. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik1.95 mata kepada 1,667.25 dan diniagakan antara paras 1,665.51 dan1,671.47 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 558 berbanding549, manakala 508 kaunter tidak berubah, 890 tidak diniagakan dan19 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.51 bilion unit bernilaiRM3.10 bilion daripada3.36 bilion unitbernilaiRM3.1 bilion pada Isnin.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pakej rangsangan China dijangka membawa kesan limpahan kepada ekonomi serantau.

Beliau berkata saham Asia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun, didorong oleh kenaikan kukuh pasaran saham di China dan Hong Kong.

"Indeks petunjuk pasaran tempatan menguji semula paras rintangan pada 1,670 dan kami percaya sekiranya paras ini dapat dilepasi akan membawa potensi peningkatan lebih tinggi.

“Jika pasaran melepasi paras1,670 dan kekal bertahan, kami menjangkakan akan ada lagi kenaikan. Oleh itu, kami mengunjurkanFBM KLCI diniagakan dalam jajaran1,660-1,680 bagi tempoh berbaki minggu ini,” katanya kepadaLivevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...