Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik1.10 mata kepada1,604.25 daripada1,603.15 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah1.81 mata pada1,601.34 dan berlegar antara1,600.83 dan 1,609.41 sepanjang sesi.

Pasaran yang lebih luas adalahpositif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi 590 berbanding 480, manakala 494 kaunter tidak berubah, 893 tidak diniagakan dan 44 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.19 bilion unit bernilaiRM2.96 bilion berbanding2.54 bilion unit bernilaiRM2.37 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks sektor utiliti naik 1.8 peratus, dipacu oleh keputusan pendapatan pemain utama dalam sektor itu.

Kekuatan pasaran juga dicerminkan dalam indeksFBM Small Cap, FBM Mid Cap, danFBM ACE namun beberapasektor menurunekoran jualan pada saat akhir, katanya.

"Penyertaan pasaran pada masa hadapan dilihat beralih tumpuan kepada pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, termasuk IndeksPerbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), angkapendapatan dan perbelanjaan peribadi serta anggaran semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga.

Beliau berkatalaporan PCE Oktober dijangka menyerlahkan tekanan inflasi yang berterusan, dengan PCE teras diunjurkan meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan dan inflasi utama PCE mungkin meningkat sebanyak 0.2 peratus.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...