Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Seiring Peningkatan Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Seiring Peningkatan Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Seiring Peningkatan Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 13 Ogos(Livevartha)–Bursa Malaysia kekal rendah hampir sepanjang hari dagangan tetapi berjaya naik sedikit semasa sesi penutup sejajar dengan aliran meningkatdi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak0.17 peratus atau2.86 mata kepada1,609.52 daripada paras penutup1,606.66 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun0.82 mata kepada 1,605.84 dan susut ke paras terendah1,598.30 pada sesi dagangan pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak705 berbanding334, dengan 460 kaunter tidak berubah, 947 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada3.41bilion unit bernilaiRM2.49bilion daripada4.01bilion unit bernilai RM2.93bilion pada Isnin.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth AdvisorsMohd Sedek Jantan berkata aktiviti pasaran kebanyakannya dipengaruhi oleh sentimen didorongdata dengan para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.

“Aktiviti pengambilan untung muncul apabila para pelabur menyimpankeuntungan di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan peningkatan Indeks Harga Pengeluar (IHPP) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diumumkan lewat hari ini. Petunjuk ekonomi ini boleh mencetuskan kemeruapan pasaran,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, beliau berkata walaupun sektor pembinaan mencatatkan pertumbuhan kukuh melebihi 20 peratus pada suku kedua 2024, seperti yang dicerminkan menerusi projekbernilai RM38.9 bilion, dan statusnya sebagai penerima pelaburan pusat data di Malaysia, Indeks Pembinaan Bursa Malaysia mencatatkan penurunan lebih1.78 peratus.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis...

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara Asean

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) — Ringgitmemulakan urus...