Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 0.67 Peratus Disokong Minat Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 0.67 Peratus Disokong Minat Belian

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 0.67 Peratus Disokong Minat Belian

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 26 Dis(Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan momentumpositifnya untuk ditutup kukuh hari ini disokong oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen positif di seluruh pasaran, kata seorang penganalisis.

Pada5 petang, petunjuk pasaranFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.71 mata atau 0.67 peratus kepada 1,613.70 berbanding 1,602.99 padaSelasa.

Bursa Malaysia ditutup pada Rabusempena cuti umum sambutan hari Krismas.

Indeks utama itu dibukatinggi sedikit naik 0.59 mata kepada 1,603.58, dan bergerak dalamaliran menaik daripada paras terendah intra hari pada1,602.79 semasa sesi pagi kepada paras tertinggi 1,615.28 pada dagangan lewat petang.

Suasana pasaran juga positif, dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 692 berbanding 295, manakala 499 kaunter kekal tidak berubah, 936 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.47 bilion unit bernilai RM1.87 bilion daripada2.01 bilion unit bernilai RM1.54 bilion pada Selasa.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi positif pasaran hari ini disokong oleh minat belian terhadapsaham mewah semasa tempoh aktiviti memperelokkan akaun.

"Sentimen pasaran terus disokong oleh kenaikan berterusan diWall Street pada Selasa dengan saham teknologi menerajui kenaikan dan merangsang keyakinan pelabur.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...